20100205

dah tunang ehem ehem.

1. final exam start 10.02.10. dan saya tak ready lagi. eh cantik lah date exam, 100210.

2. semester ni universiti bagi dua hari je revision week. apa boleh buat dengan dua hari? nak tidur pon tak sempat.

3. lagi 17 hari saya nak graduate dari cfs. ceyy ceyy graduate, macam dah dapat degree.


4. polistrene yang untuk alam sekitar tu tak best. alah yang kertas tu, yang bukan kaler putih tu. sapa tak kenal polistrene alam sekitar tu sila tanya budak usm. sapa tak kenal jugak sila tembak diri sendiri. polistrene tu tak best. bila taruk nasi, nasi melekat kat polistrene. kalau nasi dah sejuk lagi lah.

5. movie The Kite Runner sangat best. betul betul ikut novel oh suka sebab ni 1st time tengok movie yang based on novel yang betul betul ikut novel. dah 4 kali tengok tapi still touching. dah 4 kali tengok tapi still rasa sedih waktu hassan yang comel innocent tu kena liwat. dah 4 kali tengok tapi still rasa sweet waktu amir kawen pastu bila wife dia tanya "what do you see?'", amir jawab "the rest of my life." dah lah wife dia lawa ohmaigod ohmaigod. dah 4 kali tengok tapi still rasa macam touching gila waktu amir baca surat hassan, still rasa macam best ayat "for you, a thousand times over." aish aish.

6. saya baru sedar yang saya mampu/boleh/memang cakap dengan kelajuan bullet train waktu presentation. memang laju lah cakap lepas tu saya suka goyang goyang badan waktu present. serius mesti sorang pon tak paham tsk :'(


7. beru sedar perempuan ambil makanan buffet gelojoh. lepas tu perempuan ambil makanan lambat. nak telur lah, nak timun lah, nak korek cari udang lah. eh macam terbanyak pulak makanan, buang sikit lah. eh sikit lah pulak, nak tambah lagi sikit lah makanan ni. eh macam terbanyak pulak makanan ni, buang lah lagi sikit. bila nak habis, orang laen pon nak ambil makanan jugak pstdujka. sila jangan kecil hati perempuan, saya pon perempuan jugak.

perempuan ambik makanan.

8. time nak exam semua orang sibuk study, semua pakat duduk kat library. lepas tu almost semua orang sibuk buat solat hajat hari hari. kenapa tak boleh nak istiqamah je? lepas exam pon buat je lah solat hajat hari hari. study je lah hari hari. okeh ni tuju kat saya. ish ish.

9. apasal kalau buat majlis apa apa, tulis start pukul 8.30 tapi pukul 10 baru nak start baru nak habis speech remeh temeh segala ni. lepas tu start lambat sebab nak kena tunggu vvip vip. apa vvvvip ni tak diberitahu ke majlis start pukul 8.30, kenapa nak datang pukul 9.30?  penat nak tunggu. lapar tau tak.

10. practical exam chemistry lab hari tu teruk sangat. bye bye A.

11. bila tengok past year paper chemistry lab, dia tanya pasal chemistry 1 dan 2 yang belajar waktu semester lepas lepas, chemistry 1 tu belajar masa zaman junior lagi, akhir tahun 2008. sekarang dah 2010. mana nak ingat dah. aish bye bye A-.

12. tiba tiba rasa sedih nak tinggal kan cfs ni. tak dapat tengok lelaki idaman dah.

bukan lelaki idaman.

13. kalau tak nak pergi kuantan boleh? jauh jauh jauh. penat lah kalau nak balik rumah, mahu kejang punggung duduk dalam bas.

14. semua orang dah sibuk tanya nak ambik biotech ke biomedic. serius saya tak decide lagi. sila tolong saya, nak biotech ke biomedic ke kawen?

15. saya dah sibuk plan nak buat apa cuti almost 5 bulan ni (kalau takde fail, takde repeat paper lah.) CUTI 5 BULAN OKEH. 5 MONTHS. 5 BULAN. eh ter-repat banyak kali pulak CUTI 5 BULAN ni. tiba tiba rasa uia pemurah bagi cuti sampai 5 bulan. kalau nak kawen sempat dah.

dah tunang ehem ehem.

20100128

pura pura dalam tak sedar.

okeh entry ni panjang sangat. bawa bersabar.

oh tak. ini bukan sambungan pantun kura kura dalam perahu. bukan juga tajuk lagu baru mawi angan dan sedar. bukan sama sekali. post ni nak cakap pasal perangai kita, ya kita, yang selalu pura pura dalam tak sedar. okeh maybe bukan kita semua, mungkin certain people saja dan mungkin saya seorang. eh no offence okeh.

situasi pertama,
waktu dapat result exam, kita kelam kabut tanya orang lain dapat berapa. itu pon hanya lah bila kita dapat result tinggi, pointer mencanak. bila kita tanya orang, orang yang ditanya tu akan tanya kita balik result kita berapa untuk nampak sopan. lepas tu kita pon jawab "pointer aku biasa biasa SAJE, 3.97 JE." wajib letak JE bagi lengkap grammar. lepas tu kalau boleh nak upload gambar slip result tu masuk facebook, nak tweet "ah sedih. pointer 3.97 JE". kalau ada blog, rasa macam nak tulis satu entry bertajuk "pointer aku 3.97 weh! cepat ucap congrat kat aku" tapi sebab takut orang kata kita sombong belagak, terus tak jadi dan terus buat entry pasal result dah keluar dan ada selit jugak ayat "pointer aku 3.97 JE. subjek bm lah ni teruk, dapat A-, habis dapat pointer rendah, 3.97 JE." lepas tu kita yang baca ni, mesti macam "okeh budak ni apahal. nak JE JE pulak. menyampah aku. dah dapat 3.97 tu bersyukur lah. compare dengan aku yang tak lepas 3.00 pon"

kalau kita dapat result tak tinggi, cukup cukup makan paras hidung je terus kita senyap duduk diam diam dalam gelap tak nak tanya dah orang laen dapat berapa. lepas tu terus tulis dalam blog entry tajuk "menyesal tak study, result jatuh. waa."

sebab tu saya cukup kagum dengan orang yang berani letak result dia kat internet (blog, fb etc), result yang bukan dikira tinggi lah. dan kagum jugak dengan orang yang letak result dia yang cemerlang gemilang tapi takde letak perkataan JE. tapi susah jugak sebab nanti takut orang kata kita belagak, taruk pointer cemerlang gemilang dalam internet. aish kesian orang tu dapat dosa tuduh kita belagak. mulut orang susah nak tutup. kita pusing ikut sini, orang laen pusing ikut sana. aiseh.

mak saya cakap: "syukur lah dengan result yang dapat tu. ada lah tu lubang kat mana mana. tak puas hati dengan lecturer ke, mengumpat lecturer ke, solat hajat dengan istikharah tak cukup ke." eh terasa pulak saya.



situasi kedua,
bila time exam orang mesti akan tanya kita dah study ke belum. dan selalu nya kita mesti akan jawab "belum lah. banyak lagi tak cover ni. habis lah." walaupun kita sebenar nya dah baca, khatam sampai 3 kali. alah reason cakap belum study ni simple je.
first, sebab tak nak orang nampak kita macam nerdy, nampak macam oh-aku-takde-kerja-laen-kerja-aku-study-je.
second, sebab nanti bila keluar result, result kita cemerlang gemilang, orang mesti akan cakap "wah. terer ah kau. tak study boleh dapat 4 flat." dan kita pon sengih sengih sedang kan kita dah study siap rebus buku tu buat minum.
third, sebab kita takut kalau kita cakap kita dah habis study siap khatam 3 kali dan bila keluar result, result kita tak ok, orang akan cakap "ah kesian budak tu. study dari awal tahun tapi result takat hidung je."  betapa kita takut dengan cakap orang, sampai kita pura pura dalam tak sedar.

tapi susah tau tak bila ramai sangat cakap belum study lagi. bila ramai sangat pretend konon nya tak start study lagi.

susah sebab bila saya nak cakap yang saya tak study lagi untuk exam, orang mesti ingat saya maen maen, orang ingat saya pura pura tak study, orang ingat saya saja je cakap "ah tak baca sepatah pon lagi untuk kuiz malam ni, habis lah." sedang kan saya betul betul tak study, betul betul jujur ni, sebab saya memang bila dah datang mood pemalas, bila setan dah bisik bisik manja kat telinga jangan study, memang tewas lah.
iman tak kuat lansung.

okeh fine. saya nak exam final lagi 2 minggu. sekarang baru tersedar yang banyak rupanya kena study, sekarang baru nak memotivate kan diri supaya study, sekarang baru nak kuat kan iman lawan setan yang ajak tidur, sekarang baru teringat mak suruh buat solat hajat dengan istikharah hari hari, sekarang baru nak bersangka baik dengan lecturer, sekarang baru sibuk nak telan kismis dengan kurma banyak banyak.

saya harap nanti bila orang tanya saya dah habis study belum, saya tak perlu cakap "alah belum lah, banyak lagi tak baca nih." lepas tu orang ingat saya maen maen, saya pura pura sedang kan saya betul betul tak habis study lagi, tak start pon lagi. uhuk.

dan saya harap jugak nanti bila keluar result saya boleh cakap "result saya 4 flat je." eh ter-bold pulak.

ah berangan tak hingat. carry mark math, computer dengan lab dah teruk pjdksjks.

20100123

lelaki tak keras.

okeh lah lelaki berjiwa lembut sebenarnya. gatal mengada nak taruk tajuk lelaki tak keras.

saya teringat terpikir, kenapa kita suka euuww dekat lelaki lembut, eh lelaki berjiwa lembut. macam saya lah kan, saya ada seorang kawan lelaki time sekolah dulu yang suka baca novel cinta yang Alaf 21 tu. masa saya dapat tahu, terus saya macam okeh kau baca novel cinta ni? eh mesti lah terkejut sebab saya pon jarang jarang kot baca novel cinta Alaf 21, baca kalau ramai sangat orang kata novel tu best, tiba tiba kawan saya yang dalam surat beranak tulis jantina lelaki boleh baca. lepas tu pulak budak lelaki ni dapat highest mark untuk bm, terus semua budak pompuan kata sebab dia baca novel tu dia dapat highest mark bm. macam ada soalan bocor pulak dalam novel tu.

lepas tu, ada jugak budak lelaki yang suka layan korea, tak kesah lah cerita atau boy/girl band korea, asal kan korea. okeh yang ni memang saya rasa pelik sangat sangat. sebab saya sendiri pon tak layan korea, certain cerita je tengok. bosan tau tak bosan? muka dah lah sepesen je semua semua. tapi tak tahu kenapa ada certain budak lelaki yang boleh layan korea, bukan ke cerita korea tu sinonim dengan perempuan? ye lah menangis nangis bagai ni, tu belum masuk part banyak sangat dugaan cobaan cinta terhalang. perempuan kalau tengok certita korea mesti drooling, mesti jerit jerit ala comel lah laki ni, comel lah rain ni, suka lah. kalau lelaki ada jerit jerit jugak ke? euwww ter-imagine lelaki jerit jerit drooling tengok cerita korea pulak.

dan kalau fikir balik, saya ni macam ramai je kawan lelaki yang berjiwa lembut. eh bukan berjiwa lembut, yang konon nya romantis. ye lah kalau dulu masa spm, bila buat essay english mesti ada je budak lelaki yang buat essay pasal love story. rasa kelakar pulak bila baca, tapi bila baca lama lama macam sweet pulak essay love story diorang tu sampai ada sekali tu roommate saya curi bawa balik essay sorang budak lelaki ni sebab sweet. haha. tapi memang betul betul sweet tau, saya senyum sorang sorang waktu baca haha.

dan saya maybe tak kisah kot kalau dapat laki berjiwa lembut. cuma jangan lah sampai tahap nak menangis kalau tengok cerita sedih dan jangan takut lipas. kalau dia takut lipas, siapa nak bunuh lipas tu? takkan saya kot. eeeuuww.

tak rela i tau.